Vine

Vine
Pengarang asal
  • Dom Hofmann
  • Rus Yusupov
  • Colin Kroll
PembangunVine Labs, Inc. (Twitter)
Pelancaran pertama24 Januari 2013 (2013-01-24) – 17 Januari 2017 (2017-01-17)
Sistem pengendalianWindows, macOS, Android, iOS, Windows Phone, Xbox One
Saiz64.4 MB
Terdapat dalam25 bahasa
JenisPerkongsian video
LesenPerisian percuma
Tapak webvine.co
Paparan amaran: Halaman yang menggunakan Templat:Infobox perisian dengan parameter "alexa" yang tidak diketahui
Paparan amaran: Halaman yang menggunakan Templat:Infobox perisian dengan parameter "status" yang tidak diketahui

Vine (/vn/) ialah perkhidmatan pengehosan video bentuk pendek di mana pengguna berkongsi klip video durasi enam saat. Ia ditubuhkan pada Jun 2012; ia kemudiannya dibeli syarikat laman web mikroblog Amerika Twitter pada Oktober 2012, sebelum dilancarkan secara rasmi pada 24 Januari 2013. Video-video diterbitkan melalui rangkaian sosial Vine bahkan boleh juga dikongsi di platform lain seperti Facebook dan Twitter. Apl Vine boleh digunakan untuk melayari video, bersama dengan kumpulan video mengikut tema, dan "trend" video. Vine bersaing dengan perkhidmatan media sosial lain seperti Instagram dan Mobli. Menjelang Disember 2015, Vine mempunyai 200 juta pengguna aktif.[2]

Pada 27 Oktober 2016, Twitter mengumumkan ia akan melumpuhkan muat naik, tetapi melihat dan memuat turun akan terus berfungsi.[3][4] Pada 20 Januari 2017, Twitter melancarkan arkib Internet semua video Vine membolehkan orang menonton video yang telah dimuat naik sebelum ini.

Pada Disember 2017, pengasas bersama Dom Hofmann mengumumkan bahawa beliau telah mula bekerja pada pengganti Vine, V2, yang dikatakannya akan terkendali secara sendiri dan tidak bergabung dengan Twitter.[5] Walau bagaimanapun, pada Mei 2018, Hofmann mencatatkan forum komuniti V2 yang menyatakan bahawa projek itu telah ditangguhkan tanpa had, sebahagian besarnya akibat "rintangan kewangan dan undang-undang".[6] Sejak itu, Dom telah menyambung semula projek itu selepas merekrut satu pasukan, menukar nama akhir aplikasinya kepada Byte; aplikasinya kemudian memasuki beta tertutup, dengan ahli komuniti aktif dari forum khusus yang diterima menerusi undangan. Byte dikeluarkan untuk iOS dan Android pada 24 Januari 2020.

  1. ^ "vine.co Competitive Analysis, Marketing Mix and Traffic - Alexa". www.alexa.com. Dicapai pada 1 December 2019.
  2. ^ Craig Smith. "25 Amazing Vine Statistics". DMR. Dicapai pada 2017-02-19.
  3. ^ Foxx, Chris (October 27, 2016). "Twitter axes Vine video service". BBC News. Dicapai pada October 27, 2016.
  4. ^ "Important News About Vine". Medium.com. Dicapai pada October 27, 2016.
  5. ^ Blumenthal, Eli (December 6, 2017). "Ready for Vine 2.0? Co-founder teases new app". USA Today.
  6. ^ Constine, Josh (May 4, 2018). "Vine co-founder halts development of its replacement, V2". Tech Crunch. Dicapai pada June 5, 2018.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search