Twitter

Twitter
Tangkap layar
Maklumat umum
URLx.com Sunting ini di Wikidata
JenisPerkhidmatan rangkaian sosial
Tersedia dalamPelbagai bahasa
Ditubuhkan21 Mac 2006 (2006-03-21)
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikTwitter, Inc.
PenciptaJack Dorsey Edit the value on Wikidata
Pengasas
CEOParag Agrawal (CEO)[1]
Kandungan dan sokongan
IndustriMedia sosial Edit the value on Wikidata
PendaftaranDiperlukan
Pengguna229 juta DAU (Q1 2022)
Dilancarkan pada2006 (2006)
Status terkiniAktif
Pelantar disokong
LesenApache License, Version 2.0 (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
Ditulis dalam
Pembangun webX Corp. dan Twitter, Inc. Edit the value on Wikidata
Perangkaan
Kedudukan Alexa38 (25 Julai 2021)
37 (19 Januari 2021)
42 (16 April 2020)
13 (20 November 2017)
12 (7 November 2017) Edit the value on Wikidata
Lokasi
Ibu pejabatSan Francisco Edit the value on Wikidata, Amerika Syarikat Edit the value on Wikidata
Kawasan diberi khidmatSeluruh negara, kecuali negara yang disekat
Pautan luar berkaitan
Blog rasmi
Pautan lainFacebook: TwitterInc Twitter: X Instagram: twitter Youtube: UCpg-U3_G3ZVck6QO6uhW_OA Youtube: Twitter Pinterest: twitter TikTok: twitter GitHub: twitter Sunting ini di Wikidata
Catatan
[2][3][4][5]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Twitter ialah perkhidmatan rangkaian sosial dan mikroblog yang dimiliki oleh Twitter, Inc. Twitter membolehkan pengguna menghantar dan membaca kiriman pesanan teks pendek berbentuk "kicauan" atau "ciapan" (tweet) sehingga 140 aksara yang dipaparkan dalam halaman profil penulisnya dan diutuskan kepada para pelanggan penulis yang dikenali sebagai "pengikut" (follower). Penghantar boleh mengehadkan utusan kepada lingkungan rakan-rakan, ataupun membenarkan capaian terbuka kepada semua pengguna web. Pengguna boleh menghantar dan menerima tweet melalui laman web Twitter, sistem pesanan ringkas (SMS) atau mana-mana aplikasi luaran. Sungguhpun perkhidmatan Twitter sendiri adalah percuma, penggunaaannya melalui SMS boleh dikenakan yuran telekom.

Asalnya, had kepanjangan mesej 140 aksara ditetapkan agar serasi dengan penghantaran SMS, justeru menimbulkan kehadiran bermacam-macam bentuk trengkas dan slanga yang digunakan dalam SMS, dalam Internet. Had 140 aksara ini juga melahirkan penggunaan khidmat-khidmat peringkasan URL seperti tinyurl, bit.ly dan tr.im, dan juga khidmat pengehosan kandungan seperti Twitpic dan NotePub untuk menampung kandungan multimedia dan teks yang mencecah 140 aksara. Pada September 2017, Twitter telah menguji peningkatan had kepanjangan aksara dengan menggandakannya kepada 280 aksara untuk sekumpulan kecil pengguna.[6] Pada 7 November 2017, Twitter telah membenarkan pengguna Twitter untuk mengirim tweet sepanjang 280 aksara kecuali bagi yang menggunakan bahasa Cina, Korea dan Jepun.[7]

Semenjak dilahirkan pada tahun 2006 oleh Jack Dorsey, Twitter makin hari makin laris digunakan dan tinggi pentingnya bagi para pengguna Internet. Adakalanya, Twitter disifatkan sebagai "SMS untuk Internet"[8] kerana penggunaan antara muka pengaturcaraan aplikasi Twitter bagi menghantar dan menerima pesanan teks ringkas oleh aplikasi lain sering menyelubungi penggunaan Twitter secara terus.

Twitter merupakan satu daripada 50 laman web paling popular di seluruh dunia mengikut analisis trafik web Alexa.[9] Biaprun anggaran bilangan pengguna harian berbeza-beza kerana pihak syarikat Twitter tidak mengeluarkan bilangan akaun yang aktif, namun satu masukan blog Compete.com pada bulan Februari 2009 meletakkan Twitter sebagai rangkaian sosial ketiga paling banyak digunakan[10] berdasarkan kiraan 6 juta pengunjung bulanan unik dan 55 juta kunjungan sebulan.[10] Pada Mac 2009, sebuah blog Nielsen.com meletakkan Twitter sebagai laman paling pesat membangun dalam kategori "Member Communities" pada Februari 2009. Twitter mencatat perrtumbuhan bulanan sebanyak 1,382%, diikuti Zimbio (240%), dan Facebook (228%).[11] Walaupun demikian, hanya 40 % pengguna Twitter mampu dikekalkan.[12]

  1. ^ "Twitter CTO Parag Agrawal will replace Jack Dorsey as CEO". cnbc.com. November 29, 2021.
  2. ^ "US SEC: FY2021 Form 10-K Twitter, Inc". U.S. Securities and Exchange Commission. Dicapai pada March 27, 2022.
  3. ^ "Twitter – Company". about.twitter.com. Dicapai pada July 30, 2019.
  4. ^ Humble, Charles (July 4, 2011). "Twitter Shifting More Code to JVM, Citing Performance and Encapsulation As Primary Drivers". InfoQ. Dicapai pada January 15, 2013.
  5. ^ Lauren Feiner (April 28, 2022). "Twitter reports user bump, revenue miss for Q1, days after accepting Musk's takeover bid". CNBC.
  6. ^ "Twitter Uji Guna 280 Aksara". mSTAR Online. 27 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-23. Dicapai pada 23 April 2018.
  7. ^ Syafique Shuib (8 November 2017). "Tweet lebih panjang! Had baharu 280 aksara untuk pengguna Twitter". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-23. Dicapai pada 23 April 2018.
  8. ^ D'Monte, Leslie (2009-04-29). "Swine flu's tweet tweet causes online flutter". Business Standard. Dicapai pada 2009-05-28. Also known as the 'SMS of the internet', Twitter is a free social networking and micro-blogging service
  9. ^ "twitter.com - Traffic Details from Alexa". Alexa Internet. 2009-07-13. Dicapai pada 2009-07-13.
  10. ^ a b Kazeniac, Andy (2009-02-09). "Social Networks: Facebook Takes Over Top Spot, Twitter Climbs". Compete.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-21. Dicapai pada 2009-02-17.
  11. ^ McGiboney, Michelle (2009-03-18). "Twitter's Tweet Smell of Success". Nielsen. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-22. Dicapai pada 2009-04-05.
  12. ^ Hoffman, Stefanie (April 29, 2009). "Twitter Quitters Outnumber Those Who Stay, Report Finds". United Business Media. Dicapai pada 2009-04-29.[pautan mati kekal]

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search