Syarikat awam

Syarikat awam ialah syarikat atau perbadanan yang sebahagian atau seluruh sekuritinya (seperti saham atau bon) dimiliki oleh orang awam. Penjualan saham kepada masyarakat dilakukan dengan cara Initial Public Offering (IPO) dan kemudian bursa saham. IPO ialah proses penawaran saham kepada masyarakat untuk kali pertama.

Kebiasaannya, saham syarikat awam dimiliki oleh ramai pelabur manakala saham syarikat sendirian berhad dimiliki oleh beberapa orang pemegang saham sahaja. Akan tetapi, bukan semua syarikat yang memiliki ramai pemegang saham merupakan syarikat awam.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search