Penapisan Internet

Penapisan Internet ialah tindakan mengawal atau menghentikan penyebaran kandungan apa yang boleh diakses, diterbitkan mahupun dilihat dalam Internet sama ada dilakukan pengawal mahupun pembekal Internet sendiri. Individu dan organisasi tertentu boleh menapis diri sendiri untuk tujuan menjaga moral, agam ataupun perniagaan, mengekalkan norma masyarakat agar dielakkan daripada sebarnag penindasan yang berlaku, mahupun mengelakkan pelanggeran undang-undang.[1]

Tahap penapisan yang dilakukan ini berbeza dari satu negara ke satu negara yang lain (namun ia cenderung dilakukan ke atas laman yang berbahasa tempatan berbanding yang menggunakan bahasa antarabangsa seperti bahasa Inggeris[2]). Ia juga wujud sebagai suatu tindak balas kepada kejadian yang berlaku pada ketika tindakan tersebut dilakukan seperti pilihanraya, tunjuk perasaan mahupun rusuhan. Bidang lain termasuk hak cipta, gangguan, fitnah serta bahan lucah juga dilibatkan dalam penapisan sebegini.

  1. ^ Schmidt, Eric E.; Cohen, Jared (11 Mac 2014). "The Future of Internet Freedom". New York Times. Dicapai pada 11 Mac 2014.
  2. ^ "Measuring Global Internet Filtering", Robert Faris dan Nart Villeneuve, dalam Ronald Deibert, John Palfrey, Rafal Rohozinski, dan Jonathan Zittrain, penyunting (2008). "Access Denied: The Practice and Policy of Global Internet Filtering". Cambridge: MIT Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Februari 2009.CS1 maint: multiple names: editors list (link)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search