Keberkecualian internet

Keberkecualian internet (Jawi: كبركچوالين اينترنيت, bahasa Inggeris: net neutrality) ialah suatu prinsip di mana pembekal khidmat Internet dimestikan melayani kesemua data di internet dengan sama ratanya dan tidak mendiskriminasi atau mengenakan caj berbeza terhadap pengguna, kandungan, tapak sesawang, platform, perisian penggunaan, jenis peralatan yang dilampirkan atau kaedah perhubungan.[1] Contohnya, di bawah prinsip ini, penyedia khidmat internet tidak boleh dengan sengajanya menyekat, memperlahankan atau mengenakan caj wang untuk sesetengah laman sesawang dan kandungan dalam talian.

Konsep ini telah diilhamkan oleh Tim Wu, seorang profesor undang-undang hiburan di Universiti Columbia pada 2003 sebagai satu lanjutan kepada suatu konsep lama mengenai pembawa sepunya (common carrier) yang digunakan untuk menerangkan peranan sistem telefon.[2][3][4][5]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama A1
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama A2
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama kraemer-def
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama berners-lee-def
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama nn-for-google-users

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search